#1

Assalamualaikum.


Ini kucing saya <3



Again and again and again. Aku buat 'come back' untuk menulis sekali lagi. Dah alang-alang masuk hari pertama Ramadhan, aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam.


Okay, first of all sebagai mukadimah. Aku perkenalkanlah dulu siapa diri aku... Walaupun aku ni tak famous pun. -gelak-


Aku adalah seorang 'insan yang lemah' dilahirkan pada tahun 1997. Jadi boleh kira umur aku berapa. Still young and available. -tepuk dahi- Poyo gila!


Aku jenis manusia yang pendiam. Pasif. Kalau orang tak kenal aku lah. 
Tapi aku ni jenis giler-giler, suka kacau member, 'macam orang lama-lama' punya style based on apa yang kawan-kawan aku komen tentang aku. Apa-apapun karakter aku terlampau banyak bila aku berhadapan dengan kelompok orang yang berbeza.


Ehem. Buat masa sekarang aku sedang belajar di Giatmara dan mudah-mudahan aku berjaya masuk ke universiti kelak. Inshaaallah. Dah ada kawan-kawan aku yang dapat interview. Mungkin masih belum rezeki aku lagi.


Semenjak aku masuk ke Giatmara, nama aku yang ada lima suku kata dipanggil dengan satu suku kata sahaja. JAY.


Aku rasa cukup aku menulis sampai sini sahaja untuk entri pertama aku. Sila tunggu entri aku selepas ini. -lambai tangan-

Comments

  1. Waalaikumsalam. Hai JAY. Comey kucing tu.. Haha. Thanks sudi singgah blog. balas balik kunjungan ^^

    ReplyDelete
  2. Amboi mata tuu. Ngantuk sangat ke tu? Hihi
    Hai dik. Singgah dari mawarassufi.blogspot.my :)

    ReplyDelete

Post a Comment